May 25, 2022
Kek

Resepi Orange Moist Butter Cake yang sedap sangat

Kami nak kongsikan cara dan resepi untuk membuat kek yang sedap ni. Menurut pemilik resepi ni Puan Rozmaliza Omar. Resepi ini masih guna resepi sama dari tahun 2018. Kala beliau;

Malam-malam pun nak share jugak sebab sedap sangat. Resepi yang menjadi pujaan hati selamanya. Jom layan resepi yang sangat mudah dan sedap ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 cawan mentega.
  • 1 cawan gula kastor.
  • 5 biji telur ayam.
  • 6 sudu besar pati oren sunquick.
  • 1/3 cawan susu cair.
  • Parutan kulit oren dari 1 biji oren.
  • 2 cawan tepung gandum.
  • 1 sudu besar baking powder.
  • 1 sudu teh esen vanila.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Sapukan loyang 7 dengan mentega dan alaskan dengan baking paper. Ketepikan.
  2. Putarkan mentega dengan gula kastor sampai kembang dan putih.
  3. Masukkan telur sebiji-sebiji sambil diputar.
  4. Masukkan pati oren sunquick dengan susu, parutan kulit oren dan putar rata.
  5. Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder. Kaup balik sehingga rata dengan guna senduk kayu.
  6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!