Kami nak kongsikan cara dan resepi untuk membuat menu Ketam Cili Singapore. Menurut pemilik resepi ni Puan Rozmaliza Omar;
Hari tu tengok Asian Food Channel review pasal KETAM CILI SINGAPORE. Alahai terliurnya. Pergi kedai tadi kebetulan ada ketam besar-besar, boleh la buat macam dalam tv tu.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 4 ekor ketam dibelah 2.
- 5 ulas bawang merah*.
- 2 ulas bawang putih*.
- 1/2 inci halia*.
- 4 sudu besar cili kisar.
- 1 sudu besar sos tiram.
- 1/2 cawan sos cili.
- 1 cawan air asam.
- 1 biji telur ayam dipukul.
- Gula, garam dan serbuk secukup rasa.
- Hirisan daun bawang.
Cara-cara untuk membuatnya mudah sahaja:
- Bersihkan ketam. Gaul sedikit garam dan goreng hingga ketam berubah warna kemerahan. Angkat dan toskan.
- Kisar bahan bertanda ** hingga wangi, masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan sos cili dan sos tiram. Masukkan sedikit air dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Masukkan ketam, gaul rata dan biar masak sekejap. Tuang telur di sekeliling ketam. Masak hingga pekat dan bersalut. Tabur daun bawang. Siap.