May 25, 2022

Cara untuk membuat Tempura Ayam Acuan Lompang dengan mudah dan sedap

Kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Tempur Ayam sendiri di rumah sahaja. Yakin dan konfem sedap. Kata pemilik resepi ini iaitu Puan Mas Strwbry;

Biasa beli tempura ayam. Kali ni nak cuba buat sendiri. Kadang-kadang beli terkena je, isi ayam tak rasa sangat sebab banyak tepung je. Yang ni kita buat sendiri sampa puas hati dan isi ayam confirm terasa banyaknya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 keping dada ayam yang telah dibuang tulang. Nak lebihkan lagi banyak lagi sedap.
  • 1 biji telur ayam.
  • Lobak merah setengah batang.
  • Sebiji Bawang merah.
  • 3 Ulas bawang putih.
  • Sedikit lada hitam yang telah ditumbuk.
  • Daun sup.
  • Sedikit air. Letak sikit-sikit ye.
  • Bahan perasa 3 serangkai garam, ajinomto dan sedikit gula.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kisarkan kesemua bahan-bahan diatas sehingga betul-betul halus dan hancur. Apabila dah hancur, masukkan pula 2 hingga 3 sudu tepung gandum.
  2. Masukkan adunan tadi kedalam acuan lompang. Pastikan acuan telah dioles dengan minyak terlebih dahulu ya untuk mengelakka ianya melekat nanti.
  3. Akhir sekali kukuskan adunan tadiĀ  selama lebih kurang 10 hingga 15 minit. Kalau guna acuan lompang bila dah siap kukus kena cepat-cepat bawa keluar dan tapiskan bagi air kering sekejap.
  4. Apabila dah sejuk baru boleh digoreng macam biasa. Kalau nak bekukan macam biasa pun boleh.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!