May 25, 2022

Cara untuk membuat Sos Cili Thai resepi terkini

Kami kongsikan kepada anda untuk membuat Sos Thai dengan resepi terkini. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Rozmaliza Omar. Kata beliau;

Cili dalam peti ais memang ada stock. Nak buat makan dengan Nasi Ayam, bihun goreng, pulut ayam dan salah satu bahan dalam masak tiga rasa saya guna sos ni. Jom la tengok resepi Sos Thai Cik Liza.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 250 gram cili padi merah**.
  • 125 gram cili besar **.
  • 5 biji buah tomato ranum **.
  • 1 labu bawang putih**.
  • 1 tangkai daun ketumbar**.
  • 450 ml air.
  • 500 gram gula.
  • 250 ml cuka.
  • 1 sudu teh garam.
  • 1 sudu besar tepung jagung.
  • 3 batang akar daun ketumbar.
  • Daun ketumbar dihiris kasar.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kisarkan kesemua bahan-bahan yang bertanda **.Jangan sampai lumat sangat tau. Biar kasar-kasar sikit.
  2. Masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk dan masukkan gula, cuka, garam dan akar ketumbar. Masak sampai mendidih dan sentiasa dikacau.
  3. Akhir sekali masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air. Masak hingga sederhana pekat. Tutup api dan taburkan hirisan daun ketumbar.
  4. Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam botol.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!