May 25, 2022

Cara untuk membuat Jeli Kelapa yang segar

Kali ni kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Jeli Kelapa yang sangat segar. Bila buat sendiri baru puas hati. Letak dalam peti ais dulu baru sedap makan waktu panas begini.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 paket agar-agar tali.
  • 2 liter air kelapa muda.
  • 3 liter air masak.
  • 2 1/2 cawan gula.
  • 2 helai daun pandan.
  • 2 biji kelapa muda untuk isinya.
  • Sedikit garam.

Cara untuk membuatnya:

  1. Masak agar-agar dengan air yang telah dicampur bersama air kelapa dan ditambah dengan secubit garam dan daun pandan.
  2. Apabila larut agar-agar tu baru masukkan gula.
  3. Akhir sekali tutup api baru masukkan isi kelapa muda yang telah diparut. Jangan bubuh awal-awal masa air meggelegak nanti jeli akan menjadi kebiruan.
  4. Lepas tu bolehlah bubuh dalam bekas dan simpan didalam peti sejuk.

Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Amalina. Terima kasih.

0 thoughts on “Cara untuk membuat Jeli Kelapa yang segar

  1. Terima Kasih atas resipi… Namun mohon maaf ingin dicadangkan, mungkin air kelapa itu elok tidak dimasak bersama agar2 supaya khasiat air kelapa tidak terjejas… Kerana air kelapa asalnya diminum terus untuk dapatkan manfaatnya… Jadi kita dinginkan dulu larutan agar2 dll, kemudian dicampur dengan air kelapa & isinya sebelum disejukkan di dalam Peti Sejuk… Wallahu a’lam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!